Saturday, March 3, 2012

Cinta dan Benci


Cinta.....Subjektif
Pro dan kontra sentiasa melagakan diri
Sangat sukar untuk ditafsirkan
Kadang-kala indah, kadang-kala menyakitkan
Hadirnya tak perlu dicari,pergi tak perlu diminta

Cinta tak mengenal sesiapa
Cinta antara miskin dan kaya
Cinta antara sempurna dan kekurangan
Cinta antara utara dan selatan

Kerana cinta, manusia semakin lalai
Kerana cinta, amarah menguasai segalanya
Kerana cinta, kekhilafan sentiasa terjadi

Tetapi....

Kerana cinta juga, insan semakin setia kepada satu
Kerana cinta juga, mengajar kita erti kepercayaan
Kerana cinta juga, hidup ini semakin indah

Sayangnya....
Kerana cinta juga erti kasih dan sayang semakin sirna...
Semakin sakit...
Semakin terluka ..

Apakah ini cinta?


Insan terguris....

No comments:

Post a Comment